Khamis, 21 Ogos 2014

Pengenalan kepada Bidadari Solehah Enterprise



 ♥ Bismillah ♥
 Latar Belakang Syarikat

Bidadari solehah enterprise telah didaftarkan pada tarikh 17 September 2012 dibawah syarikat suruhanjaya Malaysia dengan nombor pendaftaran KT0313891-U. Syarikat ini menjalankan perniagaan pakaian dan menjual barang keperluan muslimah yang memenuhi syariat islam. Selain itu syarikat ini juga menjual produk makanan seperti serunding dan juga barangan kraftangan. 


Syarikat ini terletak di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan Pusat Bandar utama bagi negeri Cik Siti Wan kembang ini. Syarikat ini pada mulanya berasaskan dalam talian(online) pada dan kini telah memiliki butik sendiri setelah 4 tahun. Pemilik syarikat ini merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Muamalat di Universiti Utara Malaysia, pada mulanya beliau hanya seorang menguruskan dan kini telah mempunyai empat orang pekerja tetap, dan seorang pekerja sambilan.



Sebagai rasa tanggungjawab kepada ummah, syarikat ini juga mempunyai unit kebajikan sendiri iaitu skuad kebajikan bidadari solehah enterprise (BSE). Menerusi skuad kebajikan ini, hasil keuntungan syarikat juga digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan seperti golongan fakir miskin, ibu tunggal, golongan kurang upaya dan sebagainya. 

Antara produk-produk yang dikeluarkan oleh Bidadari Solehah Enterprise ialah seperti pakaian wanita (tudung labuh, tudung 3 tona, tudung segi tiga, tudung haura’, shawl halfmoon, tudung butterfly, stokin, handsock, skirt labuh, tudung chiffon, abaya bidadari, skirt labuh) juga makanan (serunding), kraftangan dan lain lagi.