♥ Bismillah ♥
Latar Belakang Syarikat
Bidadari solehah enterprise telah
didaftarkan pada tarikh 17 September 2012 dibawah syarikat suruhanjaya Malaysia
dengan nombor pendaftaran KT0313891-U. Syarikat ini menjalankan perniagaan
pakaian dan menjual barang keperluan muslimah yang memenuhi syariat islam.
Selain itu syarikat ini juga menjual produk makanan seperti serunding dan juga
barangan kraftangan.
Syarikat ini terletak di Kota Bharu,
Kelantan dan merupakan Pusat Bandar utama bagi negeri Cik Siti Wan kembang ini.
Syarikat ini pada mulanya berasaskan dalam talian(online) pada dan kini telah
memiliki butik sendiri setelah 4 tahun. Pemilik syarikat ini merupakan graduan
Ijazah Pentadbiran Muamalat di Universiti Utara Malaysia, pada mulanya beliau
hanya seorang menguruskan dan kini telah mempunyai empat orang pekerja tetap,
dan seorang pekerja sambilan.
Sebagai rasa tanggungjawab kepada ummah, syarikat ini juga
mempunyai unit kebajikan sendiri iaitu skuad kebajikan bidadari solehah
enterprise (BSE). Menerusi skuad kebajikan ini, hasil keuntungan syarikat juga
digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan seperti golongan fakir
miskin, ibu tunggal, golongan kurang upaya dan sebagainya.
Antara
produk-produk yang dikeluarkan oleh Bidadari Solehah Enterprise ialah seperti
pakaian wanita (tudung labuh, tudung 3 tona, tudung segi tiga, tudung haura’,
shawl halfmoon, tudung butterfly, stokin, handsock, skirt labuh, tudung
chiffon, abaya bidadari, skirt labuh) juga makanan (serunding), kraftangan dan lain lagi.